Wednesday, January 16, 2013

~merenung ke langit~

Hai selamat pagi. Hari ni dah masuk 16 Januari tahun 2013. Cepat je masa berlalu kan..Aku macam biasa meneruskan hari-hari di Kuala Sat yang sangat terpinggir rasanya..Cewah ayat nak poyo..Kui2..Hurm ntahla..Kadang-kadang hati tertanya dengan nasib yang tak dapat nak diduga..Usia makin lama makin bbertambah. Tpi aku masih begini. Masih sendiri. Geng2 lain seronok dengan partner dan fmly dorg sendiri..Walau cane pon aku cuba kumpul kekuatan utk terus melalui hidup ini. Aku masih ad keluarga yg bhgia bia pon takde keluarga sendiri lagi. Apa pon hidup mesti diteruskan....

Wednesday, January 9, 2013

**Dia insan istimewa**

Hai..selamat petang..kenyang perut weh lepas makan..Urkkkk..Alhamdulillah..Petang ni aku tergerak hati nak tulis tentang seorang budak istimewa..Sebenarnya budak ni budak sindrom dan aku sebagai PPM ditugaskan untuk sentiasa bersama die kecuali masa dalam kelas. Mencabar tak???So far alhamdulillah. Aku kalo nak kire takdela suke sangat melayan budak..Tapi dek kerana tuntutan tugas aku cuba laksanakan amanah dan pikul tanggungjawab ni. Kalo nak kira takdelah susah mana...Hehe..Aku harap sangat aku dapat jalankan amanah yang ada ni dengan sebaik mungkin dan mudah-mudahan hati ini sentiasa ikhlas dan sabar dalam menjalankan keje ni..Tapi keje ni takdela susah mn.. Rileks aje *__*

http://www.emocutez.com

Tuesday, January 8, 2013

..2013..

Assalamualaikum w.b.t..
Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari yang ke 8 dalam bulan Januari tahun 2013. Alhamdulillah syukur ku  panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana saat waktu dan ketika ini diri aku masih dipanjangkan umur. Sedar tak sedar gak 16hb ni dah masuk 3 bulan keje sbg ppm...Nak tak nak dah macam sebati plak jiwa aku duduk kat sekolah yang ulu ni...Nak  buat camna dah takdir Allah tulis aku kat sini..So cakap dlm ati redha dan terima jela..Mukin ini yang terbaik buat diri utk masa terdekat..Actually takde ape nak sembang pon.Entry kali ni kira coretan pertama utk tahun ni..Pasni insyallah la aku akan update blog ni dr masa ke masa..:)